Aktiviti 2014

1)      2 Januari 2014 – Program Solat Hajat sempena memasuki pejabat baru MACMA Kelantan di tapak Pusat Aktiviti Cina Muslim (PACM) oleh semua AJK dan beberapa ahli MACMA Kelantan dan penduduk sekitar. Imam Masjid Ehsan mengimamkan solat hajat ini. Program ini disambung dengan program Bantuan Persekolahan MACMA Kelantan di mana Yayasan RASMA telah menyumbangkan RM3850 untuk diagihkan kepada 10 keluarga MACMA Kelantan yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah. Bantuan diserahkan oleh Imam Masjid Ehsan sambil disaksikan oleh Pengerusi MACMA Kelantan.

2)      29 Januari 2014 – Penggambaran suasana makan malam MACMA Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kelantan telah dirakam di Restoran Haji Sharin Low KB di Jalan Hospital, Berek 12, Kota Bharu. Kira-kira 12 orang AJK MACMA Kelantan terlibat dan rakaman tersebut telah ditayangkan dalam Bulletin Utama TV3 pada malam Tahun Baru Cina. Makan malam tersebut juga mendapat liputan muka depan dalam suratkhabar New Straits Times pada hari Tahun Baru Cina, dan juga disiarkan di suratkhabar Harian Metro dan Berita Harian.

3)      1 Februari 2014 – Majlis Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat sempena Maulidur Rasul di Padang Perdana, Kota Bharu bersama kira-kira 90 NGO serta jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan. Perarakan sejauh 2.5km ini dianjurkan oleh gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Ab Halim Ahmad dan turut disertai oleh Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

4)      8 Februari 2014 – Seminar Pengukuhan Iman dan Akhlak di Balai islam Lundang anjuran bersama International Islamic Information & Dakwah Centre (IIDAC), Kelantan Indian Muslim Association (KIMA) dan MACMA Kelantan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Kira-kira 250 orang saudara Muslim yang terlibat. Penceramah ialah Haji Kamarudin Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International (IPSI) Pulau Pinang yang membentangkan kertas kerja bertajuk “Iman dan Akhlak seorang Muslim”. Manakala Haji Mohd Fitri Abdullah, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM pula membentangkan kertas kerja bertajuk “Adat resam masyarakat India yang tidak bercanggah dengan Islam”. Program ini mendapat sambutan baik dan akan diteruskan lagi dengan kehadiran yang lebih besar termasuk dari kalangan saudara asal Islam.

5)      14 Februari 2014 – Mesyuarat Agung Tahunan MACMA Kelantan yang ke-15 yang julung-julung kali diadakan di perkarangan tapak Pusat Aktiviti Cina Muslim (PACM). Dua orang penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijemput untuk memberikan ceramah mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna. Segala perbelanjaan mesyuarat agung telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak KPDNKK.

6)      16 Februari 2014 – Mesyuarat kali pertama Majlis Sukarelawan Rakyat Kelantan (MeSRA) di bawah kelolaan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Kerajaan Negeri Kelantan. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MACMA Kelantan telah diberi penghormatan dan dilantik sebagai Ahli Majlis.

7)      1 Mac 2014 – Majlis Dialog Perpaduan Negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan. MACMA Kelantan telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan Mohd Fadzil Wong dari Biro Belia MACMA Kelantan.

8)      1 Mac 2014 – Program “Masih Ada Yang Sayang” anjuran MACMA Kelantan dengan kerjasama Peladang, PAPISMA Kelantan dan UMNO Bachok untuk meraikan 50 orang anak yatim yang tinggal di sekitar Tawang, Bachok. Program ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Ilias Husin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, dan dijalankan di perkarangan rumah Penolong Setiausaha, Puan Nor Asikin Ong di Kampung Gajah Mati, Tawang, Bachok yang bermula jam 8 pagi dan tamat 5.30 petang. Pemeriksaan kesihatan percuma oleh 2 orang pegawai perubatan dari PAPISMA Kelantan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang hadir. AJK dan ahli MACMA juga turut serta dalam pertandingan dan sukaneka bersama ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk meraikan mereka.

9)      17 April 2014 – Kursus Pengurusan Jenazah untuk wanita anjuran bersama MACMA Kelantan dan Pusat Islam USM bertempat di Dewan Jannatul Adni, Kampung Gajah Mati, Tawang, Bachok. Seramai 45 ahli MACMA dan Peladangnita mengikuti kursus ini.

10)  19 April 2014 – Forum “Freedom of Life” anjuran bersama MACMA-Jawatankuasa Teman UMK bersama kira-kira 200 orang pelajar UMK di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Pengerusi dijemput sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

11)  6 – 8 Mei 2014 – MACMA Kelantan telah membuka booth untuk kempen mengutip sumbangan bagi projek Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Mandarin selama 3 hari sempena Festival Kelestarian Islam 2014 di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan.

12)  9 Mei 2014 – Kem Kesihatan dengan kerjasama PAPISMA Kelantan untuk kira-kira 200 orang masyarakat Cina Non-Muslim di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. Mereka yang hadir diberikan pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan percuma. Selain itu, diadakan juga kempen derma darah dan pemeriksaan mata percuma dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu dan pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM.

13)  18 Mei 2014 – Makan malam bersama 44 orang saudara Muslim dari Temerloh, Pahang di Restoran Haji Sharin Low KB, Berek 12.

14)  19 Mei 2014 – Pelancaran umrah di Masjid Lojing, Daerah Kecil Lojing, Gua Musang bersama Yayasan Sultan Kelantan. Seorang Cina Muslim dari MACMA, Johan Abdullah dari Kuala Krai, seorang India Muslim dari KIMA, Mohd Paul dari Tumpat dan dua orang Asli telah terpilih untuk mengerjakan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Kelantan.

15)  31 Mei – 1 Jun 2014 – Mesyuarat agung MACMA Malaysia ke-20 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. MACMA Kelantan telah menghantar 10 orang perwakilan.

16)  6 – 8 Jun 2014 – Program khidmat masyarakat di Kg Jenal, Dabong dengan kerjasama PAPISMA Kelantan dan Persatuan Sarjana Lanjutan USM (PERSALA). Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan seperti ceramah agama, ceramah kesihatan, sukaneka serta kem kesihatan dan ubat-ubatan percuma kepada kira-kira 300 orang penduduk setempat.

17)  12 – 14 Jun 2014 – Karnival Hijrah Negeri Kelantan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. MACMA Kelantan telah membuka booth untuk kempen mengutip sumbangan bagi projek Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Mandarin selama 3 hari dari 12 Jun hingga 14 Jun 2014. Pengerusi MACMA Kelantan juga telah ditemuramah oleh saudara Amin Idris dalam rancangan Assalammualaikum secara langsung di TV Al-Hijrah pada 14 Jun 2014.

18)  21 Jun 2014 – Seminar pelaburan bijak bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama kira-kira 50 orang ahli MACMA Kelantan di Kompleks Islam Panji.

19)  23 Julai 2014 – Iftar MACMA Kelantan bersama Imam Mesir di Restoran Haji Sharin Low KB. Jemputan terdiri daripada agensi kerajaan dan wakil-wakil NGO dakwah yang telah lama bersama MACMA Kelantan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayhu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), PAPISMA Kelantan, PERKIM Kelantan, IKRAM Kelantan, Persatuan India Muslim Kelantan (KIMA), dan International Islamic Information and Dakwah Centre (IIDAC).

20)  9 Ogos 2014 – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MACMA Kelantan di Pusat Aktiviti Cina Muslim, Taman Maju. Kira-kira 150 orang ahli dan keluarga hadir dalam majlis ini termasuk wakil dari IKRAM Kelantan dan PAPISMA Kelantan. Makanan ala Thai dan ala Sarawak telah disediakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli MACMA sendiri. Adik Amirul Syafie Lee yang berumur 20 tahun dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan telah memberikan ceramah dan serta perkongsian mengenai keIslaman beliau 2 tahun lepas ketika berumur 18 tahun.

21)  16 Ogos 2014 – Kem kesihatan bersama PAPISMA Kelantan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM di perkarangan Yayasan OKU Kelantan (YOKUK), Jalan Padang Tembak untuk kira-kira 300 orang kelainan upaya yang hadir di Karnival YOKUK.

22)  20 Ogos 2014 – Makan malam bersama 52 orang muallaf dari Beaufort, Sabah di Kompleks Islam Panji. MACMA Kelantan telah menjamu mereka makan malam dengan masakan Cina Muslim yang disediakan oleh Restoran Haji Sharin Low KB.

23)  31 Ogos 2014 – Sambutan kemerdekaan ke-57 di Wat Kok Seraya, Tumpat, anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Persatuan Wanita Siam Kelantan dan MACMA Kelantan. Kira-kira 800 orang penduduk Siam di sekitar Tumpat hadir ke majlis ini, dan turut dihadiri oleh Dato’ Mohd Rosdi Abdul Aziz, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Khemah pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan percuma diberi kepada mereka yang hadir. Selain itu, diadakan juga kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Tumpat, pemeriksaan mata percuma dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu dan pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM.

24)  25 – 27 September 2014 – Lawatan muhibbah MACMA Kelantan ke MACMA Sarawak selama 3 hari 2 malam. Rombongan 10 orang ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Mohd Fadzil Ng dan disambut oleh Pengerusi MACMA Sarawak, Mohd Tony Ong dan AJK beliau. Para AJK MACMA Sarawak telah memberikan layanan yang cukup baik sepanjang 3 hari berada di Kuching, Sarawak.

25)  6 Oktober  2014 – Program ibadat korban telah berjaya dijalankan pada hari raya Aidil Adha yang ke-2 iaitu pada 6 Oktober 2014. Seekor lembu telah disumbangkan oleh Sdr Mohd Zailani Abdul Razak. Program sembelih dan melapah lembu telah diadakan di pejabat MACMA Kelantan di Taman Maju dan 60 bungkus daging korban dan tulang telah diagihkan kepada ahli-ahli MACMA yang terpilih.

26)  21 November 2014 – Hari Keluarga MACMA Kelantan bertempat di perkarangan pejabat MACMA Kelantan. Seramai lebih 100 orang yang hadir termasuk keluarga (45 orang ahli). Selain daripada sukaneka bersama keluarga, juga dijalankan acara penyampaian sumbangan wang tunai kepada 9 orang anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A), PMR (9A), SPM (9A) dan STPM (CGPA 4.0).

27)  19-20 Disember 2014 – Program “Friendly Techno Daie” selama 2 hari bersama Saudara Lim Jooi Soon ini dianjurkan bersama Rakan Masjid USM dan Pusat Islam USM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

28)  21 Disember 2014 – Program penyampaian cek berjumlah RM5,800 oleh Yayasan YARA untuk sumbangan “Balik Ke Sekolah 2015” kepada ahli-ahli MACMA Kelantan yang terpilih telah diadakan di Restoran Haji Sharin Low Grand di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MACMA Kelantan telah diwakili oleh Haji Johari Yap, Haji Hasmuni Chew dan Mohd Fadzil Ng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *