Aktiviti 2015

  1. 2 Januari 2015 – Program balik ke Sekolah 2015 oleh Yayasan YARA kepada 16 penerima dengan jumlah RM5800.00
  2. 10 Januari 2015 – Program Sumbangan Makanan kepada 60 orang ahli MACMA yang terlibat dalam banjir sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk MACMA-MACMA cawangan dari seluruh Malaysia.
  3. 16 Januari 2015 – Gotong-royong membersihkan kawasan pejabat MACMA Kelantan bersama AJK dan sebahagian ahli MACMA Kelantan.
  4. 31 Januari 2015 – Sumbangan Pasca Banjir Etiqa-MACMA kepada mangsa banjir kepada 110 ahli-ahli MACMA dan juga saudara Muslim yang bukan ahli MACMA yang terlibat dengan banjir dari sekitar Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Machang dan Kota Bharu. Lebih kurang 30 ahli MACMA dari Kuala Krai dan Manik Urai Lama akan diberikan sumbangan secara terus ketika lawatan ke rumah pada minggu berikutnya.
  5. 7 Februari 2015 – Sumbangan Pasca Banjir Etiqa-MACMA kepada 30 mangsa banjir di sekitar Kuala Krai dan Manik Urai Lama.
  6. 28 Februari 2015 – Mesyuarat agung tahunan MACMA Kelantan yang ke-16 bertempat di pejabat MACMA Kelantan. Mesyuarat agung tahunan ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden MACMA Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
  7. 14 Mac 2015 – Sambutan Jubli Perak anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
  8. 11 April 2015 – Sumbangan zakat Etiqa kepada 14 orang penerima dari MACMA Kelantan yang terpilih.
  9. 9 Mei 2015 – Sumbangan kepada 60 orang ahli MACMA dari Sheikh Jaseem Al Hassan dari Kuwait bersama Yayasan Al Khairiah.
  10. 12-14 Jun 2015 – Mesyuarat agung tahunan MACMA Malaysia di Hotel Grand Pcific, Kuala Lumpur. MACMA Kelantan telah menghantar 10 orang perwakilan.
  11. 17 Jun 2015 – Program pusaka arwah Mohd Lee dan anaknya, Lee Min Hong di MAIK. Kemudiannya ziarah ke kubur Mohamad Lee Bin Abdullah di Penambang, berdekatan Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak Allahyarham.
  12. 18 Jun 2015 – Perbincangan pengurusan Marini Lee dan 3 anak beliau bersama pihak JAHEAIK, MAIK, PERKIM dan JKM.
  13. 27 Jun 2015 – Iftar MACMA Kelantan bersama 168 ahli dan keluarga. Sumbangan 100 kampit beras kepada ahli. Turut dihadiri oleh Presiden MACMA, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, serta Ustaz Wan Nazri (JAHEAIK) dan Ustaz Ridhwan (MAIK). Berbuka dengan buah tamar dan nasi bungkus.
  14. 3 Julai 2015 – Iftar anjuran bersama Hidayah Centre – MACMA Kelantan di Restoran Syam, Berek 12. Setiap ahli-ahli MACMA membawa saudara dan rakan-rakan yang belum Islam untuk bersama-sama berbuka puasa.
  15. 6 Julai 2015 – Iftar bersama Sinar Harian di perkarangan pejabat MACMA Kelantan bersama dengan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Haji Mohd Nasir bin Haji Hamzah bersama-sama 120 ahli MACMA. Sumbangan beras turut diberikan oleh Haji Mohd Nasir kepada ahli-ahli MACMA yang terpilih.
  16. 25 Julai 2015 – Lawatan mangsa banjir di Kem Wataniah Sungai Durian, terutamanya Siti Mariati dan Rosli. Rumah kekal mereka di Kampung Mesek juga didirikan oleh MACMA Kelantan dengan kerjasama RONIN hasil sumbangan MBSB.
  17. 31 Ogos 2015 – Bengkel Merdeka Raya anjuran bersama MACMA dan MAIK. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang baru beberapa bulan memeluk islam dan juga termasuk ahli MACMA sendiri yang menghadiri program tersebut. Program ini lebih fokus kepada mengenali permasalahan yang timbul di kalangan muhajirin ini. Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan banyak membantu peserta dalam merungkaikan pemahaman mereka tentang Islam khususnya.
  18. 12 September 2015 – Majlis Mesra Kaum bersama masyarakat Cina di Kampung Sakar Sungai, Pasir Mas dengan kerjasama JAHEAIK dan MAIK. Program dimulakan dengan acara kanak-kanak iaitu sukaneka dan pertandingan mewarna. Kemudian diadakan acara sukaneka dewasa antara penduduk kampung dengan ahli-ahli MACMA Kelantan. Acara kemuncak adalah cabutan bertuah di mana ada 100 hadiah cabutan bertuah dan semua penduduk kampung tidak pulang dengan tangan kosong.
  19. 26 September 2015 – Majlis Korban sempena perayaan Aidil Adha telah diadakan di perkarangan pejabat MACMA Kelantan. Tahun ini, sebanyak 2 ekor lembu sumbangan Mohd Zailani Abdul Razak dan Hasmuni Chew serta 10 ekor kambing sumbangan Yayasan Al-Khairiah. Lembu disembelih, dilapah, dan dipotong oleh ahli-ahli MACMA Kelantan sendiri. Kemudian, daging korban turut dibahagikan kepada ahli-ahli MACMA yang layak.
  20. 17 Oktober 2015 – Bengkel membuat kerepek pisang yangdikendalikan oleh Puan Nor Asikin Ong. Bengkel tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi MACMA Pualau Pinang, Khaw Lek Ming.
  21. 10 Nov 2015 – Penyerahan rumah mangsa banjir telah diadakan di Kampung Mesek, Manik Urai Lama. Rumah untuk Pak Pin yang rumahnya musnah 100% akibat banjir, telah didirikan hasil sumbangan wang oleh bekas pelajar MTD tahun 1965. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir untuk bangun semula. Peristiwa bersejarah ini turut dihadiri oleh Presiden MACMA Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan bekas pelajar MTD tahun 1965.
  22. 11 Nov 2015 – Program kacau bubur Asyura 1 kawah di pejabat MACMA. Kos untuk bahan-bahan dikongsi antara 16 orang ahli. Program ini turut dihadiri oleh Presiden MACMA Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
  23. 11 Nov 2015 – Sumbangan komputer dan mesin cetak oleh Yayasan Al-Khairiah untuk kegunaan pejabat MACMA.
  24. 14-15 Nov 2015 – Bengkel halatuju MACMA yang diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh AJK tertinggi MACMA cawangan untuk menentukan halatuju MACMA untuk 5 tahun akan datang.
  25. 27 – 28 Nov 2015 – Friendly Techno Daie bahagian 2 (FTD2) selama 2 hari bersama Saudara Lim Jooi Soon dan rakan dari Interactive Dakwah Training (IDT) yang diadakan di Dewan Kuliah 6, USM Kampus Kesihatan, Kelantan ini dianjurkan bersama Rakan Masjid USM dan Pusat Islam USM dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Program ini melibatkan 150 orang pelajar USM dan ahli MACMA Kelantan.
  26. 16 Dis 2015 – Sumbangan zakat kepada 22 ahli MACMA oleh hamba Allah dari Kuala Lumpur dan disampaikan oleh Hajah Sakinah di perkarangan pejabat MACMA Kelantan.
  27. 16 Dis 2015 – Pelancaran kelas jahitan MACMA Kelantan. Kelas jahitan di pejabat MACMA Kelantan diadakan 2 kali seminggu, pada hari Rabu dan Khamis, jam 10 pagi hingga 12 tengahari bermula 16 Disember 2015.
  28. 25 Dis 2015 – Program Back To School 2016, sumbangan kepada 42 orang ahli MACMA termasuk 3 orang pelajar USM. Sumbangan dari Yayasan YARA.