Perutusan Pengerusi

JohariYapAssalammualaikum,

Syukur ke hadrat Allah SWT, saya masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menerajui MACMA Kelantan sejak tahun 2013. MACMA Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan saya merupakan pengerusi yang ke-3 selepas YB Dato’ Haji Anuar Tan (EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan) pada tahun 1996-2009 dan Haji Abdul Halim Chua (Bendahari Veteran UMNO Kelantan) pada tahun 2009-2013.

Sebagai satu NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, walaupun mempunyai AJK dan ahli yang berlainan parti, kami berdiri bersama-sama demi untuk menyebarkan kebenaran kepada mereka yang masih belum melihat cahaya kebenaran. Di samping itu, kami juga mempermudahkan urusan mereka yang telah mendapat hidayah, serta membantu mereka yang memerlukan.

Sejak akhir tahun 2014, MACMA Kelantan juga turut serta dalam misi membantu mangsa banjir, bukan sahaja di kalangan Cina Muslim ataupun saudara Muslim lain, malahan kami juga banyak membantu orang Melayu. Sesungguhnya, kami Cina Muslim merupakan satu jambatan perpaduan yang boleh menghubungkan Cina non Muslim dengan Melayu seperti yang diterangkan dalam artikel di bawah ini:-

Cina Muslim Hero Perpaduan

Cina Muslim Hero Perpaduan

Saya juga merupakan kolumnis mingguan (setiap hari Selasa) sejak September 2015 untuk suratkhabar Sinar Harian – http://www.sinarharian.com.my/karya/kolumnis.

Untuk mengikuti tulisan saya sebagai kolumnis Sinar Harian dan Malaysian Digest, semuanya telah dikumpulkan di laman web http://johariyap.com/

Video-video saya:


Salam Mualaf – TV9


Tokoh Dakwah Maal Hijrah 1437 peringkat USM


Johari Yap terima Anugerah Tokoh Dakwah USM 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *