Pemelukan orang bukan Islam terutama dalam kalangan masyarakat Cina kepada agama Islam semakin mendapat perhatian yang menggalakkan dan memberansangkan. Ini merupakan petanda yang cukup baik pada perkembangan agama Islam di Malaysia menjelang 2020. Namun begitu, pertambahan dari segi kuantiti sahaja sudah tentu tidak mencukupi sekiranya tidak diiringi dengan kualiti. Negara memerlukan individu Cina Muslim yang berkualiti dalam usaha bersama-sama menggerakkan dakwah Islamiah di negara kita. Disebabkan kesedaran ini maka Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah ditubuhkan. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil daripada perbincangan segolongan profesional Cina Muslim yang memikirkan perlunya sebuah Persatuan Cina Muslim yang beridentitikan sosio budaya Cina yang tidak bertentangan dengan Islam. Ini bertujuan supaya Cina Muslim dapat lebih mendekati dan berdakwah kepada masyarakat Cina bukan Islam setelah memahami latar belakang mereka dan kehendak mereka.
Idea penubuhan MACMA semakin menjadi realiti rentetan satu pertemuan yang telah diadakan antara jawatankuasa penaja MACMA dengan YB Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Julai 1994. Yang Berhormat melahirkan rasa gembiranya di atas inisiatif yang telah ditunjukkan oleh jawatankuasa penaja dan berharap persatuan ini dapat menjalankan aktivitiaktivitinya dengan baik dan berkesan untuk kebaikan agama Islam.
Oleh itu, pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, atas nama Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Assoclation (MACMA), pada 8 September 1994 dan nombor pendaftarannya ialah 1964/94. Mesyuarat Agung kali pertama telah diadakan pada 21 Mei 1995 di Dewan Utama PERKIM, Bangunan PERKIM Pusat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Buletin MACMA. Bil 1. September 1996: 3).
MACMA Kelantan
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) cawangan Kelantan ditubuhkan pada tahun 1996 selepas dua tahun penubuhan MACMA Malaysia 1994. Sijil pendaftaran MACMA Kelantan adalah seperti dibawah:-
Sijil pendaftaran MACMA Malaysia pada tahun 1994 adalah seperti dibawah:-