Majlis sumbangan beras dan zakat kepada saudara Muslim bertempat di Tanah Merah oleh Biro Kebajikan MACMA Kelantan.
Author Archives: abe_ibrahim2008
Bengkel Solat dan Penyembelihan
Lawatan YADIM ke pejabat MACMA
Lawatan rombongan YADIM Kelantan melawat pejabat MACMA Kelantan. Seramai 4 orang staf YADIM Kelantan yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mahadi telah disambut oleh 10 orang AJK MACMA untuk membincangkan kerjasama dakwah. Lawatan ini juga telah disiarkan di dalam suratkhabar Sinar Harian.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/yadim-bantu-mualaf-macma-1.523852
Majlis Mesra Kaum
Majlis Mesra Kaum bersama warga penduduk Taman Sri Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat. Program dimulakan dengan pertandingan bola keranjang dan diikuti dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan dewasa serta pemeriksaan kesihatan (PAPISMA) dan rawatan pergigian (USM) percuma kepada mereka yang hadir.
Kelas seni bela diri
Pelancaran kelas seni bela diri (Combat Martial Art) di Pusat Aktiviti Cina Muslim (pejabat MACMA Kelantan). Kelas terbuka untuk umur 6 – 17 tahun, akan diadakan setiap hari Jumaat jam 4 petang – 6 petang bermula 25 Mac 2016.
Majlis sambutan Tahun Baru Cina
Jamuan Tahun Baru Cina: Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Cawangan Kelantan
Tarikh / Hari : 20 Februari 2016 / Sabtu.
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat : Pusat Aktiviti Cina Muslim (PACM), PT 383, Seksyen 25, Taman Maju, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Kehadiran : 50 Ahli MACMA Kelantan.
Makan malam besar MACMA Kelantan
Mesyuarat Agung Tahunan ke-17
Mesyuarat Agung Tahunan MACMA Kelantan kali ke-17 telah diadakan pada 30 Januari 2016 jam 2 petang di Pusat Aktiviti Cina Muslim di Taman Maju. Kehadiran ahli adalah seramai 66 orang dan dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Dr. Nik Mohd Azlan bin Ab. Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.
Kelas jahitan MACMA
Alhamdulillah, setelah sebulan setengah kelas jahitan MACMA dibuka, peserta kelas sudah mampu mengukur, memotong kain, dan akhirnya menjahit baju kurung.
Kelas Al-Quran
Kelas Al-Quran akan diadakan setiap hari Sabtu di pejabat MACMA Kelantan bermula pada 2 Januari 2016, dari jam 2pm sehingga jam 5pm.
Guru-guru Quran adalah Saudara Muhammad Tan dan Saudara Azhari Jerry.