Category Archives: Dakwah

Iftar Ramadan MACMA Kelantan 2019

Terima kasih kepada semua pihak serta NGO yang turut memberikan kerjasama serta menaja makanan dan kuih-muih terutamanya Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian, IMAMI Kelantan, Yayasan HAQ dan PERKIM Wakaf Bharu ❤️❤️❤️

No photo description available.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Taufik Tee, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kerana sentiasa menyokong program MACMA Kelantan.
Tadi beliau memberikan tazkirah Ramadan serta mengimamkan solat Maghrib 🌹.

Terima kasih Abe Meor Nazir, pemilik kedai makan Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian yang menaja nasi lemak ayam, 2 jenis kuih dan air mineral untuk 100 orang ahli MACMA Kelantan dan jemputan sebentar tadi 🌹❤️

 

Continue reading

Program Tanggungjawab Sosial-Koperat

Syukur, alhamdulillah dan tahniah kepada Tunas Duta Cemerlang (TDC), kerana iltizamnya yang sentiasa berterusan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan melalui amalan bersedekah. KoMACMA juga antara yang mendapat manfaat dan merasai nikmat rezeki yang dikongsikan untuk tujuan kebajikan mualaf dan asnaf. Kepercayaan yang diberikan kepada KoMACMA sebagai MAster Dealer C2Joy antara komited yang ditunjukkan oleh TDC sebagai usaha dakwah melalui kebajikan.

Sedekah bekalan kurma sepanjang bulan Ramadhan merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korperat (CSR) Tunas Duta Cemerlang (TDC) yang tidak pernah dikesampingkan. Pada tahun ini, TDC meningkatkan sumbangannya sebanyak 3 kali ganda. Sumbangan Kurma Sebulan Ramadhan diberikan kepada hampir 20 Mahaad Tahfiz, Rumah Anak Yatim dan lain-lain perbadanan kebajikan di Selatan Thailand dan Malaysia. Setiap sumbangan ini juga merupakan bahagian daripada setiap pembelian dan jualan daripada para pengguna C2joy dan leader C2joy.

Continue reading

Doa Selamat.

Doa selamat dan solat hajat agar 3 orang ahli MACMA Kelantan iaitu saudara Muhammad Tan, Aminah Ch’ng dan Maziah Tan dipermudahkan urusan untuk menunaikan umrah hujung bulan ini.

Azan untuk Maghrib dan Isyak dilaungkan oleh saudara Izuan T C Lee, manakala solat telah diimamkan oleh Haji Hasmuni Chew. Alhamdulllilah 🌹❤️

Kemudian ahli-ahli yang hadir dijamu dengan laksa Thai, buah-buahan dan kuih-muih yang dibuat secara potluck.

Program Free Market

2 Ramadan 1439.
Program FreeMarket di perkarangan pejabat IIDAC, anjuran bersama Perkim Wakaf Bharu, DPMMK, MACMA Kelantan dan IIDAC. Makanan percuma dan barangan dapur akan diberikan percuma setiap hari bermula 2 Ramadan sehingga 29 Ramadan, dari jam 4 – 6 petang.
Sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan makanan atau barangan dapur, amatlah dialu-alukan. Semoga mendapat berkat di bulan yang mulia ini.

Continue reading

Lawatan dari Miri, Sarawak.

Seramai 30 orang mualaf dari Miri, Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Shazli Abdul Kadir telah melawat Pejabat Persatuan Cina Muslim. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang dijalankan oleh MACMA Kelantan serta bagaimana cara mendapatkan dana untuk menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan. Selain itu, turut memperkenalkan Koperasi MACMA Kelantan Berhad yang mana menjalankan perniagaan sebagai Stokis Sah Susu Kolostrum C2Joy, Ejen Koporat Takaful Etiqa Insuran dan penjualan Teh Graviola.

Continue reading