Seramai 30 orang mualaf dari Miri, Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Shazli Abdul Kadir telah melawat Pejabat Persatuan Cina Muslim. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang dijalankan oleh MACMA Kelantan serta bagaimana cara mendapatkan dana untuk menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan. Selain itu, turut memperkenalkan Koperasi MACMA Kelantan Berhad yang mana menjalankan perniagaan sebagai Stokis Sah Susu Kolostrum C2Joy, Ejen Koporat Takaful Etiqa Insuran dan penjualan Teh Graviola.
Category Archives: Ekonomi
Perbentangan Kertas Kerja Untuk Memajukan Tanah Wakaf MAIK
Kelas jahitan MACMA
Alhamdulillah, setelah sebulan setengah kelas jahitan MACMA dibuka, peserta kelas sudah mampu mengukur, memotong kain, dan akhirnya menjahit baju kurung.
Pelancaran kelas jahitan MACMA
Kelas jahitan MACMA Kelantan telah dilancarkan pada 16 Disember 2015 oleh Pengerusi MACMA Kelantan, Johari Yap. Bermula hari ini, kelas jahitan akan diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10 pagi – 12 tengahari dan dikendalikan oleh Siti Nuraini Lin.
Bengkel kerepek pisang
Bengkel membuat kerepek pisang telah diadakan di perkarangan pejabat MACMA pada 17 Oktober 2015 yang dikendalikan sendiri oleh Setiausaha MACMA Kelantan, Nor Asikin Ong. Sebanyak 2 tandan pisang telah dibawa untuk tujuan ini. Bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi MACMA Pulau Pinang, Khaw Lek Ming yang kebetulan balik ke kampung isteri beliau di Pulau Melaka pada hari tersebut.
Continue reading