Category Archives: Terima Kasih

Iftar Ramadan MACMA Kelantan 2019

Terima kasih kepada semua pihak serta NGO yang turut memberikan kerjasama serta menaja makanan dan kuih-muih terutamanya Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian, IMAMI Kelantan, Yayasan HAQ dan PERKIM Wakaf Bharu ❤️❤️❤️

No photo description available.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Taufik Tee, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kerana sentiasa menyokong program MACMA Kelantan.
Tadi beliau memberikan tazkirah Ramadan serta mengimamkan solat Maghrib 🌹.

Terima kasih Abe Meor Nazir, pemilik kedai makan Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian yang menaja nasi lemak ayam, 2 jenis kuih dan air mineral untuk 100 orang ahli MACMA Kelantan dan jemputan sebentar tadi 🌹❤️

 

Continue reading

Mesyuarat Agung MACMA Kelantan Kali Ke-20 Tahun 2019

Cenderahati kepada Ustaz Murthada dari MAIK yang merasmikan AGM MACMA Kelantan serta Datin Norhana Ng yang mewakili MACMA Kebangsaan mempengerusikan pemilihan AJK MACMA Kelantan bagi penggal 2019-2021.

Berikut adalah senarai AJK MACMA Kelantan penggal 2019-2021, pemilihan AJK telah dipengerusikan oleh Datin Norhana Ng, wakil MACMA Kebangsaan:-

Continue reading

TERIMA KASIH ! – Yayasan HAQ

Bengkel Jahitan Yayasan HAQ secara rasminya bermula pada hari ini, 7 Januari 2019 dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari dengan 2 orang pelajar bertempat di pejabat MACMA Kelantan, Taman Maju, Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel jahitan ini terbuka kepada semua golongan asnaf atau B40, dan terhad kepada maksimum 4 pelajar dalam satu masa.
Buat masa ini, bengkel jahitan diadakan 2 kali seminggu, hari Isnin dan Selasa, jam 10 pagi hingga 1 tengahari.