Category Archives: Uncategorized

Kunjungan hormat dari Islamic Outreach ABIM Centre Kelantan

23 Oktober 2018 / 14 Safar 1440H

Kunjungan hormat dari Islamic Outreach ABIM Centre Kelantan yang diketuai oleh Haji Kamarudin Mat Amin, Bendahari IOACK bersama unit Saudara Baru.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi idea yang berupaya meningkatkan daya usaha, memaksimumkan potensi diri serta kemahiran membina jaringan dakwah demi menggerakkan dakwah untuk kemaslahatan ummah.

Semoga perkongsian antara kedua belah pihak memberi manfaat yang berpanjangan.

#weloveweshareweguide

MACMA Kelantan x Papisma Kelantan

Mesyuarat AJK MACMA Kelantan

Mesyuarat AJK MACMA Kelantan yang turut dihadiri oleh wakil MACMA Kuala Krai telah diadakan pada 16 Mac 2018 bertempat di Pejabat MACMA Kelantan. MACMA Kelantan turut memberikan sumbangan kepada MACMA Cawangan Kuala Krai.

 

Bantuan Banjir Bersama Sukarelawan BBNGO

Bersama sukarelawan BBNGO yang akan menghantar 40 pek makanan serta susu bayi + lampin pakai buang ke Teluk Jering.

Sumbangan Al-Quran Kepada PERKIM

Sumbangan al-Quran kepada PERKIM Kelantan yang diwakili oleh Ustaz Nordin.

Majlis Mesra Kaum

Majlis Mesra Kaum bersama warga penduduk Taman Sri Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat. Program dimulakan dengan pertandingan bola keranjang dan diikuti dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan dewasa serta pemeriksaan kesihatan (PAPISMA) dan rawatan pergigian (USM) percuma kepada mereka yang hadir.