Doa selamat dan solat hajat agar 3 orang ahli MACMA Kelantan iaitu saudara Muhammad Tan, Aminah Ch’ng dan Maziah Tan dipermudahkan urusan untuk menunaikan umrah hujung bulan ini.
Azan untuk Maghrib dan Isyak dilaungkan oleh saudara Izuan T C Lee, manakala solat telah diimamkan oleh Haji Hasmuni Chew. Alhamdulllilah 🌹❤️
Kemudian ahli-ahli yang hadir dijamu dengan laksa Thai, buah-buahan dan kuih-muih yang dibuat secara potluck.