Ekonomi

Untuk sesi 2015/2017, MACMA Kelantan akan menumpukan projek untuk menaikkan ekonomi ahli-ahli, dan juga saudara Muslim lain yang bukan ahli, demi menaikkan taraf hidup mereka daripada penerima zakat kepada pemberi zakat di masa hadapan.

Jihad ekonomi Cina Muslim

Jihad ekonomi Cina Muslim

Antara projek yang akan dijalankan ialah:-

1) Pinjaman Ihsan Qardhul Hassan – pinjaman ikhlas ini tidak melibatkan faedah mahupun syarat-syarat khas untuk meminjam. Peminjam hanya perlu menulis sekeping surat dan menyatakan hasrat untuk meminjam, berapa banyak dan untuk perniagaan jenis apa. Peminjam juga perlu nyatakan jumlah bayaran bulanan yang akan dibuat untuk melangsaikan pinjaman. Bayaran minimum RM20 sebulan. Pinjaman maksimum adalah RM1000 dan tertakluk kepada kelulusan AJK (atau kelulusan segera Pengerusi jika memerlukan pinjaman kecemasan). Untuk pinjaman melebihi RM1000, ia tertakluk kepada sumber kewangan persatuan dan juga kelulusan AJK.

2) Sumbangan peralatan untuk perniagaan – MACMA Kelantan akan membuat kertas kerja selepas menemuduga ahli berdasarkan jenis perniagaan yang akan dijalankan. Kertas kerja akan dihantar kepada MAIK, badan-badan korporat, atau individu yang dapat memberikan sumbangan kewangan untuk membeli peralatan tersebut. MACMA Kelantan juga akan memantau perniagaan yang dijalankan agar terus maju. Tiada had dikenakan untuk jumlah sumbangan cuma ia tertakluk kepada kelulusan yang diterima dari penyumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *