Maznah Ngau Chang Kong

Che Senah @ Ngau Chang Kong

Che Senah @ Ngau Chang Kong

Maznah Ngau Chang Kong, atau lebih dikenali sebagai Che Senah, tinggal di Jalan Geale, 18000 Kuala Krai. Beliau menjalankan perniagaan menjahit di sebuah kedai kecil, bersebelahan pasar besar Kuala Krai. Banjir besar pada hujung tahun 2014 telah mengakibatkan kerosakan kepada mesin jahit beliau apabila air telah naik hingga ke bumbung. Ketiga-tiga mesin jahit beliau telah rosak dan dihantar untuk diperbaiki. Walaupun sudah membelanjakan lebih RM2,000 untuk kos membaiki 3 mesin jahit tersebut, mesin jahit tepi beliau cepat panas dan susah untuk menjahit seperti biasa.

Lawatan telah dibuat pada 7 Februari 2015 untuk melihat keadaan kedai beliau. Walaupun sudah sebulan lebih berlalu sejak banjir, Che Senah masih tidak dapat memulakan kerja kerana perlu membersihkan kedai disamping menunggu mesin jahit yang dibaikpulih. Rombongan MACMA Kelantan diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sendiri. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh MACMA Kelantan pasca banjir.

Che-Senah-mesin-jahit3Che-Senah-mesin-jahit1Che-Senah-mesin-jahit4Bendahari MACMA Kelantan, Haji Hasmuni Chew telah menyerahkan bantuan zakat untuk Che Senah memulakan kembali perniagaan beliau.

Che-Senah-after3
Lawatan susulan telah diadakan pada 25 Julai 2015 oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, dengan membawa 1 unit mesin jahit tepi berjenama Singer sebagai bantuan perniagaan kepada Che Senah. Sumbangan ini adalah daripada Khazanah Nasional Berhad melalui Celcom Axiata. Semoga dengan adanya mesin jahit baharu ini, beliau dapat lagi meningkatkan pendapatan beliau.
Che-senah-after2Che-senah-after1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *