Puan Norizan Khonjaroen

Puan Norizan Khonjaroen, isteri kepada Fauzi bin Ali, dan ibu kepada 2 orang anak yang masih belajar (Politeknik Jeli & SMK Zainab 2), menjalankan perniagaan makanan seperti nasi air, nasi berlauk, somtam, kerabu maggi dan colek dengan pendapatan kasar sehari sebanyak rm60.
Peti sejuk lama beliau sudah rosak dan beliau terpaksa membeli barangan jualan setiap hari, dan tidak boleh menyimpan lama barangan yang dibeli.
Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Affin Islamic Bank yang memberikan sumbangan melalui MACMA Kelantan untuk membeli peti sejuk dan freezer bagi membantu meningkatkan perniagaan beliau.

#macmaKelantan #weCareWeShareWeGuide #TerimaKasihAffinBank #RezekiBersama