Rohana Chintana

Rohana Chintana
Rohana Chintana menjalankan perniagaan menjual bebola ikan dan air kelapa di depan Klinik Kesihatan Manik Urai. Apabila banjir besar melanda Kelantan pada akhir tahun 2014, gerai dan khemah beliau di depan Klinik Kesihatan Manik Urai musnah sama sekali. Manakala rumah beliau di Kampung Mesek, Manik Urai Lama naik sampai paras bumbung. Ketiga-tiga mesin sejuk beku (freezer) rosak ditenggelami air.

Rohana-Chintana1

 

Rohana-Chintana2

Lawatan susulan telah dibuat pada 25 Julai 2015 oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari MACMA Kelantan. Menurut Rohana Chintana, beliau sudah baiki freezer beliau dan yang beliau amat perlu sekarang ini adalah khemah yang kuat diperbuat dari besi dan zink kerana khemah yang ada sekarang sering tercabut ditiup angin kencang. Berikut gambar-gambar yang diambil:-

Gerai berdepan dengan Klinik Kesihatan Manik Urai

Gerai berdepan dengan Klinik Kesihatan Manik Urai

Rohana-Chintana-3

Rohana-Chintana-1Rohana-Chintana-2

Oleh kerana mesin sejuk beku beliau telah dibaiki dan masih boleh digunakan, Rohana Chintana membuat permohonan untuk mendapatkan khemah kekal untuk beliau berniaga. Khemah sekarang asyik tercabut bila ada angin kencang.

rohana-chintana1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *