Iftar Ramadan MACMA Kelantan 2019

Terima kasih kepada semua pihak serta NGO yang turut memberikan kerjasama serta menaja makanan dan kuih-muih terutamanya Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian, IMAMI Kelantan, Yayasan HAQ dan PERKIM Wakaf Bharu ❤️❤️❤️

No photo description available.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Taufik Tee, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kerana sentiasa menyokong program MACMA Kelantan.
Tadi beliau memberikan tazkirah Ramadan serta mengimamkan solat Maghrib 🌹.

Terima kasih Abe Meor Nazir, pemilik kedai makan Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian yang menaja nasi lemak ayam, 2 jenis kuih dan air mineral untuk 100 orang ahli MACMA Kelantan dan jemputan sebentar tadi 🌹❤️

 

Terima kasih kepada Ustaz Yushamudden Lubis, presiden Persatuan Imami Kelantan serta AJK yang turut bersama kami berbuka puasa tadi.
Terima kasih juga kerana memberikan sumbangan kepada Surau MACMA Kelantan.
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi menjadi Imam solat Isyak serta solat sunat Terawih yang julung-julung sekali diadakan di Surau MACMA Kelantan 🌹❤️

Terima kasih Ustazah Siti Farahida Fauzi yang mewakili MAIK untuk bersama-sama berbuka puasa dengan ahli MACMA Kelantan sebentar tadi 🌹 ❤️ .

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *