MACMA Kelantan bukanlah sebuah NGO kebajikan. Walau bagaimanapun, kebajikan ahli-ahli tetap terjaga. Pihak kami juga menjaga kebajikan ahli dan bukan ahli, sebagai salah satu usaha dakwah kami. Setakat ini, selian daripada ahli dari kalangan Cina Muslim, kami telah banyak membantu ahli-ahli bersekutu dari kaum India, Siam, Bidayuh, Iban dan lain-lain keturunan. Malahan, mulai tahun 2014, kami juga membantu rakan seagama kami dari kalangan kaum Melayu sejak banjir besar serta kaum Cina yang belum Islam.