Pada 16 Julai 2015, seseorang telah post dalam group whatsapp mengenai Mohd Hasyim Pang @ Pang Fo Seng seperti di bawah:-
Tarikh: 13/07/2015. Bandar Kuala Krai, Kelantan.
Seorang kanak-kanak perempuan, 9 tahun cuba menahan kereta di jalan besar, dalam keadaan menangis telah membongkar kehidupan keluarganya kepada kami.
Ayahnya, buruh sebuah pasaraya di bandar ini, mengidap penyakit lelah telah pengsan di rumah ketika mahu keluar bekerja. Lalu si anak telah berlari ke jalan besar (500m) untuk menahan kereta bagi membantu ayahnya. Sebelum ini, keluarga ini hanya mempunyai sebuah motosikal lama. tetapi musnah akibat bencana banjir.
Berpisah dengan isteri beberapa tahun dahulu, Pang Fo Seng membesarkan 2 anaknya sendirian. Seorang anak telah meninggal dunia ketika kecil. Pendapatan bulanan sekitar RM600 sebulan. Mereka menyewa sebuah rumah uzur seluas hanya 10 kaki x 15 kaki dengan kadar RM170 sebulan. Di ruang inilah bilik tidur, bilik belajar, ruang tamu dan segala-galanya.
Menurut Encik Pang, anak sulungnya, Nor Rafhanah, 9 tahun dan adiknya Muhammad Aisy Nazran Pang, 7 tahun, makan tidak menentu. Hanya makan makanan jenis kering seperti roti dan biskut kerana ketiadaan peti sejuk dan dapur yang sempurna. Pernah anaknya dimarahi pekedai runcit apabila meminta sebungkus mee segera kerana putus makanan.
Kami bercadang memberikan keluarga ini sebuah perniagaan kecil yang bersesuaian. Kepada anda yang mahu saham Lailatulqadar andan, yang mana lebih baik dari 1000 bulan, bolehlah berbuat demikian melalui:-
1) Tabung Perniagaan Kecil En Pang. Khairul Nizam Bin Abd Ghani (pemegang amanah). BSN 030014100002**** (tidak digalakkan masuk akaun personal)
2) Lawatan, ziarah, sokongan, nasihat, kaunseling, dan sebagainya. hubungi Piji Kuala krai 017-9023429.
Lawatan oleh Presiden MACMA Malaysia pada 10 November 2015.