Kelas Jahitan
Kelas jahitan telah dilancarkan pada 16 Disember 2015 oleh Pengerusi MACMA Kelantan, Johari Yap. Kelas jahitan pertama juga diadakan pada hari yang sama. Jadual untuk kelas jahitan bermula 16 Disember 2015 adalah setiap hari Rabu & Khamis, jam 10am hingga 12 tengahari.
Mulai 1 Disember 2017, kelas jahitan diadakan pada setiap Isnin & Rabu, jam 9am hingga 12pm (kelas selama 3 jam). Oleh kerana bilik jahitan baru masih dalam pembinaan, kelas sementara di dalam pejabat MACMA hanya boleh menerima 2 pelajar dalam satu-satu masa.
Kelas terbuka kepada orang awam, tidak kira ahli atau bukan ahli MACMA Kelantan. Bayaran pendaftaran sebanyak RM30 dan yuran RM10 untuk setiap kali hadir kelas.
Guru: Siti Nur Aini Lin
Setakat ini MACMA Kelantan memiliki 1 unit mesin jahit tepi dan 1 unit mesin jahit lurus. InsyaAllah akan tambah lagi beberapa unit dalam masa terdekat, apabila bilik jahitan baru sudah siap.
Segala pertanyaan untuk mengikuti kelas jahitan, sila hubungi Guru Jahitan, Siti Nur Aini Lin di 018-3164388 atau Pembantu SU MACMA Kelantan, Rasyidah Kang di 011-11438323.
Berita selanjutnya di http://kelantan.macma.my/index.php/pelancaran-kelas-jahitan-macma/
Kelas Bahasa Mandarin
Kelas Bahasa Mandarin (pertuturan) diadakan setiap Jumaat jam 3pm hingga 5pm. Kelas untuk tahun 2017 akan bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2017.
Mulai 1 Disember 2017, kelas diadakan 2 kali seminggu iaitu Jumaat & Sabtu, jam 3.30pm hingga 5pm.
Tempat adalah terhad. Dibuka untuk 15 pelajar pertama sahaja, tidak kira ahli atau bukan ahli MACMA Kelantan. Bayaran pendaftaran sebanyak RM30 dan yuran bulanan sebanyak RM50 (kehadiran sekali seminggu) atau yuran bulanan sebanyak RM80 (kehadiran 2 kali seminggu).
Segala pertanyaan untuk mengikuti kelas bahasa Mandarin, sila hubungi Guru Bahasa, Siti Nur Aini Lin di 018-3164388 atau Pembantu SU MACMA Kelantan, Rasyidah Kang di 011-11438323.
Guru: Nur Aini Lin
Kelas bahasa Mandarin ini menggunakan modul MACMA Negeri Sembilan, yang disediakan oleh Nur Farah Ain Leong. Modul ini terbahagi kepada 3 jenis modul iaitu:
- Kenali Asas Pertuturan Bahasa Mandarin
- Pertuturan Asas Bahasa Mandarin Tahap (1)
- Pertuturan Asas Bahasa Mandarin Tahap (2)
Dan boleh dibeli dengan harga berikut;
- Kenali Asas Bahasa Mandarin – RM 5.00
- Pertuturan Asas Bahasa Mandarin Tahap (1) – Rm 10.00
- Pertuturan Asas Bahasa Mandarin Tahap (2) – RM 10.00
Berita selanjutnya di http://kelantan.macma.my/index.php/kelas-bahasa-mandarin/
Kelas Al-Quran
Kelas Al-Quran diadakan setiap Jumaat jam 3pm hingga 5pm, atau masa yang sesuai untuk pelajar (boleh diatur).
Guru lelaki: Azhari Jerry & Muhammad Tan; Guru perempuan: Siti Nur Aini Lin & Roslieza Rosli
Segala pertanyaan untuk mengikuti kelas Al-Quran, sila hubungi Pembantu SU MACMA Kelantan, Rasyidah Kang di 011-11438323.
Berita selanjutnya di http://kelantan.macma.my/index.php/kelas-al-quran/
Kelas mempertahankan diri (Combat Martial Art)
Kelas mempertahankan diri “Combat Martial Art” diadakan setiap Jumaat jam 4pm hingga 6pm.
Segala pertanyaan untuk mengikuti kelas mempertahankan diri, sila hubungi SU MACMA Kelantan, Puan Nor Asikin Ong di 013-9968928 atau SU Kerja, Cik Roslieza di 013-9166985.