12-14 Oktober 2018M / 3-5 Safar 1440H
Hotel Putra Kuala Lumpur
MACMA Kelantan yang diwakili oleh Puan Siti Nur Aini Lin, SU Kehormat dan wakil Bendahari, Cik Siti Nur Izzati Zamri ke Kursus Pemantapan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi serta amalan urus tadbir yang berteraskan Islam.
Sasaran utama program ini melibatkan pemimpin tertinggi MACMA di peringkat Kebangsaan dan semua cawangan agar tugas dan gerak kerja dakwah dapat berjalan dengan lebih berkesan sejajar dengan misi dan visi MACMA.