Seramai 30 orang mualaf dari Miri, Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Shazli Abdul Kadir telah melawat Pejabat Persatuan Cina Muslim. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang dijalankan oleh MACMA Kelantan serta bagaimana cara mendapatkan dana untuk menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan. Selain itu, turut memperkenalkan Koperasi MACMA Kelantan Berhad yang mana menjalankan perniagaan sebagai Stokis Sah Susu Kolostrum C2Joy, Ejen Koporat Takaful Etiqa Insuran dan penjualan Teh Graviola.