Majlis Korban Bersama Saudara Baru 1439H/2018M

23 Ogos 2018 / 11 Zulhijjah 1439H

Tahun ini MACMA Kelantan terpilih sebagai lokasi utama bagi Majlis Korban Bersama Saudara Baru 1439H/2018M. Penghargaan terima kasih kepada MAIK atas sumbangan 4 ekor lembu untuk diagihkan kepada ahli-ahli NGO dari MACMA Kelantan, PERKIM Kelantan, IIDAC dan KKBH.

Menariknya, aktiviti memproses, melapah dan mengagihkan daging korban dilakukan secara sukarela dan gotong-royong dalam kalangan ahli-ahli NGO. Terima kasih kepada semua pihak yang bekorban masa, tenaga dan idea dalam menjayakan program ini. Semoga mendapat barakah dan memaknai erti pengorbanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *