Program Free Market For Asnaf 2.0

20 Oktober 2018M / 11 safar 1440H

Program Free Market For Asnaf 2.0 bertempat di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa merupakan program kerjasama NGO yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan Asnaf yang kurang berkemampuan.

Bentuk bantuan yang diberikan adalah makanan asas seperti beras (5kg), Mmihun (1 paket), gula (1kg), minyak masak (1kg), sardin (1tin besar), biskut (1paket), teh atau kopi (1 paket) dan tepung gandum (1kg). Seramai 50 orang ahli MACMA Kelantan turut menerima bantuan tersebut. Diharap sumbangan seumpama ini dapat meringankan bebanan hidup seharian mereka.

Penghargaan terima kasih kepada Haji Hasmuni Chew, Timbalan Pengerusi MACMA Kelantan yang turut hadir mewakili MACMA Kelantan dalam program ini. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program sosial sebegini yang terdiri dari KSKK PKINK, Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Third Force Kota Bharu, Rumah Mahabbah Kota Bharu, KEMAHANGcare, Komiti Free Market Kota Bharu dan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan.

Semoga setiap usaha dan komitmen yang diberikan menjadi saksi di atas keikhlasan dan rasa bertanggungjawab kepada golongan asnaf yang memerlukan sokongan berpanjangan demi kelangsungan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *