PROGRAM KACAU BUBUR AS SYURA
MACMA Kelantan dengan kerjasama Komuniti Penduduk Taman Maju dan Jabatan Amal Kelantan telah mengadakan program Kacau Bubur As syura sempena menyambut kedatangan bulan Muharram 1440H pada 28 September 2018M (Jumaat) Bersamaan 18 Muharram 1440H.
Program ini bermula jam 7.30 pagi dan dilakukan secara gotong-royong. Selari dengan objektif utama program ini adalah untuk membentuk nilai-nilai kasih sayang dan semangat kekeluargan dalam kalangan mualaf yang terdiri daripada pelbagai lapisan etnik, bangsa dan kaum bersama komuniti setempat. Semoga jalinan ukhwah ini akan berpanjangan.