Program Tanggungjawab Sosial-Koperat

Syukur, alhamdulillah dan tahniah kepada Tunas Duta Cemerlang (TDC), kerana iltizamnya yang sentiasa berterusan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan melalui amalan bersedekah. KoMACMA juga antara yang mendapat manfaat dan merasai nikmat rezeki yang dikongsikan untuk tujuan kebajikan mualaf dan asnaf. Kepercayaan yang diberikan kepada KoMACMA sebagai MAster Dealer C2Joy antara komited yang ditunjukkan oleh TDC sebagai usaha dakwah melalui kebajikan.

Sedekah bekalan kurma sepanjang bulan Ramadhan merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korperat (CSR) Tunas Duta Cemerlang (TDC) yang tidak pernah dikesampingkan. Pada tahun ini, TDC meningkatkan sumbangannya sebanyak 3 kali ganda. Sumbangan Kurma Sebulan Ramadhan diberikan kepada hampir 20 Mahaad Tahfiz, Rumah Anak Yatim dan lain-lain perbadanan kebajikan di Selatan Thailand dan Malaysia. Setiap sumbangan ini juga merupakan bahagian daripada setiap pembelian dan jualan daripada para pengguna C2joy dan leader C2joy.

Janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *