*Sunyinya hidup bersendirian*

*Sunyinya hidup bersendirian*

Tan Ah Nia, 72 tahun, no KP 461012-03-5xxx tinggal di rumah pangsa beralamat di C ¼, Rumah Pangsa, Jalan Kampung Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Beragama Buddha. Dulu bekerja sebagai penjual sayur. Beliau tidak pernah berkahwin kerana menjaga adik lelaki OKU. Besarnya pengorbanan seorang kakak. Adik lelaki OKU tersebut telah meninggal dunia kira-kira 3 tahun lepas ketika berumur 50 tahun (mati dalam bilik air). Kini beliau tinggal sebatang kara.

Tan Ah Nia mempunyai sakit lutut kronik (osteoathritis) dan hanya boleh bergerak dengan mengengsot. Selain itu, beliau juga mempunyai penyakit buah pinggang (tahap 4), darah tinggi dan penyakit lain lagi. Bekalan ubat beliau ada 1 plastik penuh.

Beliau hanya tinggal sebatang kara di rumah pangsa tersebut dan berharap ehsan orang ramai untuk belikan makanan untuk beliau. Adakala duit yang dikirim untuk beli makanan, orang yang sepatutnya beli makanan hilang dengan wang yang dikirim.

Ketika lawatan minggu lepas, beliau menunjukkan kami surat tunggakan sewa rumah selama 3 bulan (sewa beli dari Kerajaan Negeri). Beliau risau kerana tidak mampu untuk membayarnya.

Pihak MACMA telah membantu melangsaikan tunggakan tersebut serta tadi kami telah serahkan resit pembayaran. Beliau tidak perlu risau mengenai sewa lagi selepas ini. MACMA Kelantan juga telah memberikan wang saku kepada beliau untuk belanja beli makanan.

InsyaAllah, kami akan sentiasa menziarahi beliau untuk bertanyakan khabar serta membelikan makanan untuk beliau setiap kali kami singgah.

Semoga makcik Tan Ah Nia dipermudahkan dalam segala urusan beliau. Beliau tidak lagi keseorangan selepas ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *