Bengkel Jahitan Yayasan HAQ secara rasminya bermula pada hari ini, 7 Januari 2019 dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari dengan 2 orang pelajar bertempat di pejabat MACMA Kelantan, Taman Maju, Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel jahitan ini terbuka kepada semua golongan asnaf atau B40, dan terhad kepada maksimum 4 pelajar dalam satu masa.
Buat masa ini, bengkel jahitan diadakan 2 kali seminggu, hari Isnin dan Selasa, jam 10 pagi hingga 1 tengahari.